Wednesday 14 May 2014

Majlis Perasmian Surau As Syakirin

Majlis perasmian surau As-Syakirin telah berjalan lancar pada 8 Mac 2014 bersamaan dengan 6 JamadilAwal 1435H.  Majlis perasmian yang penuh kesyukuran ini telah disempurnakan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Turut hadir dalam majlis ini adalah mantan Pengetua SMK Indera Mahkota 2, Tn. Haji Hashim bin Mohd Zayat dan Yang Dipertua PIBG SMK Indera Mahkota 2, En. Shamsudin bin Abu Samah.


Majlis bersejarah ini telah dihadiri oleh hampir seluruh warga SMK Indera Mahkota 2 termasuk ibu bapa yang hadir sempena mesyuarat agung tahunan PIBG. Majlis perasmian yang bermula pada kira-kira jam 10 pagi ini telah berjalan dengan lancar. Berikut merupakan sedikit rakaman lensa sepanjang majlis berlangsung.



Wednesday 7 May 2014

Kronologi Pembinaan Surau As-Syakirin

KRONOLOGI PEMBINAAN SURAU AS-SYAKIRIN

¨ Diilhamkan oleh mantan Pengetua SMKIM2, Tn. Hj. Hashim bin Mohd Zayat pada tahun 2009.
¨ Memikirkan keperluan untuk membina surau di atas tapak yang kosong        memandangkan surau sedia ada di blok B adalah kecil dan tidak lagi mampu menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.
¨ Pelantikan AJK Surau As-Syakirin telah dilakukan pada tahun 2009 dan telah melantik Dato’ Malik b. Ismail sebagai Pengerusi Surau As-Syakirin yang      pertama.
¨ Kutipan dana awal daripada guru, pelajar, ibu bapa dan orang ramai telah    bermula sejak tahun 2009 sehinggalah proses pembinaan surau bermula.
¨ Proses pembinaan Surau As-Syakirin telah bermula pada bulan Mac 2013 dan siap sepenuhnya pada awal 2014.
¨ Laungan azan yang pertama telah mula kedengaran di Surau As-Syakirin pada 25 Februari 2014 dan telah mula digunakan oleh warga SMKIM2.



Proses pembinaan surau As Syakirin telah bermula pada bulan Mac 2013 dan siap pada peghujung Oktober 2013.
















Majlis Pecah Tanah Pembinaan Surau As- Syakirin, SMK Indera Mahkota 2

Sebuah majlis pecah tanah untuk pembinaan surau sekolah telah diadakan pada 2 Mac 2013 bertempat di tapak surau SMK Indera Mahkota 2.
Majlis telah dirasmikan oleh YH Dato' Mohd Hazmi bin Yusof, Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Parlimen Indera Mahkota.
Proses pembinaan surau ini dijangka bermula pada 4 Mac 2013 dan dijangka siap pada 4 Julai 2013.



Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Tn Hj. Othman


 Perasmian oleh YH Dato' Mohd Hazmi b. Yusof


Meneliti papan tanda Projek Pembinaan Surau As- Syakirin

AHLAN WA SAHLAN

Selamat datang ke blog maklumat Surau As-Syakirin, SMK Indera Mahkota 2, Kuantan