Majlis
perasmian surau As-Syakirin telah berjalan lancar pada 8 Mac 2014 bersamaan
dengan 6 JamadilAwal 1435H. Majlis
perasmian yang penuh kesyukuran ini telah disempurnakan oleh YDH Orang Kaya
Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan
Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Turut
hadir dalam majlis ini adalah mantan Pengetua SMK Indera Mahkota 2, Tn. Haji
Hashim bin Mohd Zayat dan Yang Dipertua PIBG SMK Indera Mahkota 2, En.
Shamsudin bin Abu Samah.
Majlis
bersejarah ini telah dihadiri oleh hampir seluruh warga SMK Indera Mahkota 2
termasuk ibu bapa yang hadir sempena mesyuarat agung tahunan PIBG. Majlis
perasmian yang bermula pada kira-kira jam 10 pagi ini telah berjalan dengan
lancar. Berikut merupakan sedikit rakaman lensa sepanjang majlis berlangsung.